Refleksi Tugasan Minggu 5
Tugasan minggu 5 ialah berkaitan pembinaan pakej pembelajaran iaitu bahan pengajaran menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, beberapa perkara telah saya lalui dan pelajari.
Sebelum melaksanakan arahan tugasan bagi minggu ini, saya tidak mengalami kesukaran yang besar untuk melaksanakan tugasan ini. Hal ini memandangkan, tugasan seumpama ini telah saya laksanakan sebelum ini dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan subjek Literasi Bahasa. Malah, sebelum ini juga saya telah melaksanakan tugasan yang sama bagi tugasan kumpulan untuk subjek ini. Dalam kata lain, saya sudah mempunyai sedikit asas dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan tugasan ini. Secara amnya, pada peringkat awal iaitu sebelum pelaksanaan tugasan ini saya tidak mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan bagi minggu 5 ini.
Sedikit kesukaran mula muncul semasa mahu memulakan pelaksanaan tugasan ini iaitu memilih dan merancang aktiviti pembelajaran. Walaupun sudah didedahkan tentang perancangan aktiviti pengajaran, namun penguasaan yang masih kurang sedikit sebanyak telah memberi kesukaran terutamanya dalam memilih tajuk pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam pakej pembelajaran tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah melakukan perbincangan dan berkolaborasi dengan rakan-rakan serta pensyarah berkaitan pemilihan tajuk pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang ingin dimasukkan. Saya melihat bahawa perbincangan dan kolaborasi yang dilakukan bersama rakan-rakan dan pensyarah benar-benar membantu dalam memudahkan pelaksanaan tugasan selain untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti dan mantap.
Selesai melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari beberapa perkara untuk saya terapkan ke dalam diri saya dalam memantapkan dan menyediakan diri saya dengan lebih baik lagi untuk menempuhi alam pengajaran pada masa kelak. Perkara pertama yang saya pelajari, seseorang guru haruslah bijak memilih bahan yang bersesuaian dengan aktiviti dan tajuk pembelajaran untuk digunakan dalam pakej pembelajaran yang dibina. Pemilihan bahan yang sesuai dengan aktiviti atau tajuk pembelajaran adalah sangat penting kerana bahan yang bersesuaian akan dapat meningkatkan dan membantu keberkesanan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam kata lainnya, pemilihan bahan yang selaras dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pemahaman murid terhadap isi yang disampaikan dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Sebaliknya, penggunaan bahan yang tidak selaras dan bercanggah dengan aktiviti atau tajuk pembelajaran akan menyukarkan pemahaman murid. Malah, sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut hanya akan menjadi sia-sia begitu sahaja kerana objektif pembelajaran yang telah disasarkan tidak dapat dicapai dengan sepatutnya. Sebagai contoh, seseorang guru memilih tajuk berkaitan kata tanya sebagai pembelajaran yang akan dilalui oleh murid-murid. Bahan atau aktiviti yang ingin digunakan haruslah berkaitan dengan pemahaman terhadap kata tanya. Sebaliknya, jika guru tersebut menggunakan bahan atau aktiviti berkaitan kata nama misalnya sudah pasti berlawanan dengan tajuk pembelajaran yang telah dipilih dan ditetapkan.
Perkara kedua pula ialah sesebuah penggunaan bahan yang menarik dan pelbagai tetapi haruslah tidak mengganggu fokus dan kecenderungan murid untuk mengikuti pembelajaran menggunakan pakej pembelajaran ini. Dalam hal ini, saya telah mempelajari bahawa sesebuah pakej pembelajaran yang dibina haruslah menggunakan bahan yang pelbagai supaya kelihatan menarik. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak sangat cenderung terhadap bahan-bahan yang menarik dan berwarna-warni yang mana sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh ialah penggunaan animasi-animasi bergerak, unsur-unsur bunyi, video dan seumpamanya. Namun begitu, bahan-bahan tersebut haruslah disesuaikan penggunaannya di dalam pakej pembelajaran tersebut terutamanya dari segi reka letak bahan tersebut. Reka letak yang sesuai bukan sahaja menjadikan sesebuah pakej pembelajaran itu kelihatan sangat menarik, malah akan meningkatkan pemahaman murid secara keseluruhannya terhadap tajuk pembelajaran. Sebaliknya, reka letak yang kurang sesuai akan menyebabkan sesebuah pakej pembelajaran kelihatan semak dan mengganggu ruang serta fokus penglihatan murid. Pada masa sama, murid tidak dapat memahami dengan baik terhadap tajuk pembelajaran yang disampaikan.
Akhir sekali, saya mempelajari bahawa penggunaan pakej pembelajaran sebagai bahan pengajaran kepada murid-murid sangat baik dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran seseorang guru. Penggunaan pakej pembelajaran yang mengandungi aktiviti dan bahan yang pelbagai sangat baik dalam menarik minat dan kecenderungan murid untuk mengikuti sesebuah aktiviti pembelajaran. Umum mengetahui bahawa guru-guru lebih cenderung untuk menggunakan kaedah terus dan penggunaan buku teks dalam pengajaran yang mana merupakan kaedah yang sudah begitu lazim dan agak lama digunakan. Melalui kaedah ini, interaksi yang wujud biasanya lebih terarah kepada interaksi secara satu hala sahaja iaitu interaksi guru kepada murid. Hal ini bermakna, interaksi oleh murid kepada guru dan murid dengan murid adalah agak kurang yang mana boleh mengakibatkan rasa bosan dalam kalangan murid untuk mengikuti sesebuah aktiviti pembelajaran. Justeru, penggunaan pakej pembelajaran ini dalam pengajaran adalah amat bersesuaian kerana mampu menarik minat murid untuk mengikuti sesebuah aktiviti pembelajaran.
Secara ringkasnya, pelaksanaan tugasan bagi minggu 5 ini telah memberi saya input baru dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk menggunakan bahan dan teknik pengajaran yang pelbagai bagi menarik minat murid dan membantu mereka mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.