Refleksi Tugasan Minggu 3
Tugasan Minggu 3 adalah pencarian bahan berkaitan garis panduan dan tatacara penggunaan internet dan e-mel dan menyediakan bahan tersebut dalam bentuk brosur dan powerpoint. Sepanjang menjalankan tugasan ini, beberapa perkara telah saya lalui dan pelajari.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah berbincang dan berkolaborasi bersama pensyarah pembimbing dan rakan-rakan dalam pencarian bahan berkaitan garis panduan dan tatacara penggunaan internet dan e-mel ini. Selain itu, saya telah memahami isi kandungan bahan tersebut bersama pensyarah dan rakan-rakan. Hal ini bertujuan bagi memberi kefahaman selain memudahkan kami meringkaskan isi kandungan bahan tersebut untuk disediakan dalam bentuk brosur dan powerpoint.
Setelah memahami isi kandungan bahan tersebut, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan untuk saya terapkan ke dalam diri saya dan murid-murid yang bakal saya temui kelak. Saya mengetahui bahawa terdapat beberapa etika, tatacara dan peraturan yang perlu diikuti dalam menggunakan internet dan e-mel.
Perkara utama yang dapat saya terapkan dalam diri saya ialah, kita haruslah menggunakan atau melawat laman yang betul dan sah. Hal ini saya rujuk kepada penggunaan laman yang bertujuan untuk mencari maklumat atau bahan yang berfaedah. Jika melihat kepada situasi semasa, murid-murid masa kini sangat celik terhadap penggunaan komputer, khususnya penggunaan internet. Hal ini berikutan pendedahan yang sangat meluas terhadap penggunaan internet. Pemberian komputer riba secara percuma oleh pihak kerajaan kepada murid-murid menjelaskan dengan lebih tepat lagi akan perkara ini. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kesedaran terhadap penggunaan laman yang betul adalah sangat penting bagi memastikan penggunaan internet benar-benar bertujuan membantu murid dalam pembelajaran. Sebaliknya, kecenderungan murid akan terarah kepada penggunaan yang tidak betul seperti pengaksesan bahan berunsur lucah dan ganas yang mana sememangnya perlu dikekang.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa kita haruslah menghormati laman atau e-mel yang menjadi kepunyaan orang lain. Hal ini bertujuan untuk memelihara hak seseorang individu atau sesebuah institusi itu terhadap sesebuah laman atau e-mel tersebut. Dalam hal ini, cara kita menunjukkan penghormatan terhadap sesebuah laman atau e-mel tersebut ialah dengan cara tidak melakukan sebarang gangguan yang boleh merosakkan, menjejaskan atau mengganggu sesebuah laman atau e-mel tersebut. Bentuk gangguan yang sepatutnya dielakkan untuk dilakukan termasuklah gangguan-gangguan berbentuk ganas, lucah mahupun sebarang gangguan yang memudaratkan.
Secara keseluruhannya, tugasan minggu 3 ini telah memberi panduan kepada saya untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan sesebuah laman untuk tujuan yang betul dan sepatutnya. Sesungguhnya, penggunaan berhemah dan betul terhadap sesebuah laman atau e-mel bukan sahaja dapat memelihara keselamatan sesebuah laman yang digunakan, malah, pemberian tindakan atau hukuman juga sudah pasti dapat dielakkan.