Refleksi Tugasan Minggu 1
Tajuk tugasan bagi minggu 1 ialah berkaitan dengan pencarian dan penyediaan fail, alamat dan katalog internet. Sepanjang melaksanakan tugasan bagi minggu 1 ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan perolehi.
Sebelum pelaksanaan tugasan ini, saya kurang faham dan jelas tentang kehendak soalan yang dinyatakan. Hal ini kerana, item-item seperti fail, alamat dan katalog internet nampak seperti item-item yang baru bagi diri saya. Tambahan pula, jumlah yang perlu disediakan bagi ketiga-tiga item adalah banyak iaitu lebih kurang 60-70 bagi setiap item. Perkara ini sesungguhnya memerlukan saya untuk lebih fokus dan tekun dalam menangani situasi ini. Secara jujurnya, tidak dapat saya nafikan bahawa situasi ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, setelah diberikan penerangan dan penjelasan oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Firdaus Abd. Salam, saya menyedari bahawa item-item yang dinyatakan dalam soalan merupakan item-item yang sering saya jumpa atau lebih tepat lagi ialah saya gunakan dalam aktiviti seharian. Sebagai contoh, pencarian bahan atau maklumat sebagai rujukan. Melihat kepada situasi ini, motivasi kendiri saya meningkat untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna tepat pada waktunya.
Setelah menyiapkan tugasan minggu 1 ini, beberapa perkara telah saya pelajari dan ketahui. Melalui penyediaan item-item tersebut, saya mendapati bahawa sesuatu bahan atau maklumat yang ingin kita cari boleh diperolehi dengan mudah. Hal ini kerana, tajuk dan alamat laman bagi sesuatu bahan yang kita cari disimpan dalam sebuah senarai. Apabila kita ingin mendapatkan maklumat dan bahan tersebut, kita hanya perlu klik pada alamat yang kita telah kita simpan tersebut.
Selain itu, kita juga dapat memastikan laman yang bersesuaian untuk memperolehi bahan yang kita perlukan. Perkara ini dapat dilihat melalui penyediaan katalog internet yang mana sesebuah katalog internet mengandungi tajuk, alamat dan sinopsis bahan dan kandungan laman tersebut. Daripada katalog tersebut, kita boleh memilih laman yang sepatutnya dan bersesuaian dengan bahan yang ingin kita cari.
Akhir sekali, melalui penyediaan item-item bagi tugasan minggu 1 ini, saya mendapati bahawa kita boleh merujuk semula laman yang belum siap kita gunakan pada waktu yang berikutnya. Apabila kita mencari sesuatu bahan, kadang-kadang kita tidak dapat menyiapkan pencarian bahan tersebut dalam suatu tempoh tertentu. Dalam kata lain, kekurangan masa menjadi kekangan dalam hal ini. Bahan tersebut boleh kita perolehi semula dengan cara menyimpan laman yang dilawati sebagai fail internet. Dalam aktiviti seharian saya, perkara ini kerap berlaku. Daripada amali penyedian fail internet tersebut, saya telah memperolehi satu penyelesaian kepada kekangan ini.
Ringkasnya, tugasan bagi minggu 1 ini tela saya kuasai dengan sempurna. Sesungguhnya, pelaksanaan tugasan amali ini telah banyak membantu saya dalam melakukan aktiviti seharian terutamanya dalam pencarian bahan untuk pembelajaran.