Bahan Sastera
Definisi Sastera
Secara umumnya, perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu :
'Su' bermaksud indah, baik,, lebih berfaedah.
'Sastera' bermaksud huruf atau buku.
Hashim Awang mentakrifkan sastera sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. J.S. Badudu menambah, sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi.
Berdasarkan gabungan definisi yang diberikan, dapatlah kita simpulkan makna sastera sebagai kumpulan buku-buku dan ciptaan seni yang indah bahasanya dan baik isinya.
Kategori Sastera
Kategori-kategori sastera dapat dibahagikan kepada dua iaitu Sastera Klasik dan Sastera Moden. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan setiap kategori sastera ini, klik pada pautan berikutnya.