Bahan Kemahiran Membaca
Kemahiran bahasa yang kedua selepas lisan dalam bahasa Melayu ialah kemahiran membaca. Kemahiran ini dibentuk selepas murid-murid dapat menguasai kemahiran lisan yang mana dapat ditunjukkan apabila murid dapat bercakap dengan baik dan yakin. Bahan-bahan yang dapat digunakan dalam kemahiran membaca ialah bahan teks dan video.
Bagi bahan pertama iaitu bahan teks yang mana penggunaan bahan teks bukanlah sesuatu yang baharu bagi pengajaran aspek kemahiran membaca. Cara penggunaan bahan teks ini dalam pengajaran kemahiran membaca adalah mudah yang mana murid diberikan rangsangan bacaan, kemudian murid membaca bahan tersebut sama ada dengan bimbingan guru atau tanpa bimbingan guru. Berikut merupakan bahan teks bagi kemahiran membaca.

teks.rar | |
File Size: | 70 kb |
File Type: | rar |
Manakala, bahan yang kedua pula ialah bahan video iaitu bahan paparan yang mengandungi audio, grafik dan teks. Cara menggunakan bahan ini dalam pengajaran kemahiran membaca ialah dengan cara memaparkan bahan video ini kepada murid-murid. Murid-murid kemudiannya menyanyi dengan membaca mengikut lirik yang terdapat dalam video tersebut. Berikut merupakan contoh bahan-bahan video yang telah saya sediakan bagi kemahiran membaca :