Morfologi
Definisi Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Dalam hal ini, perlu diketahui bahawa terdapat dua istilah yang perlu difahami berkaitan bidang morfologi ini iaitu morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Ini disebut sebagai morfem.
Manakala, kata pula ialah satu unit dari suatu bahasa yang mengandungi makna dan terdiri dari satu atau lebih morfem. Umumnya kata terdiri dari satu akar kata tanpa atau dengan beberapaafiks. Gabungan kata-kata dapat membentuk frasa, klausa atau kalimat.
Bagi contoh bidang-bidang morfologi, saya telah menyediakan bahan yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata berimbuhan.
Klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan contoh bahan bidang morfologi.
bahan morfologi.rar | |
File Size: | 42 kb |
File Type: | rar |