Refleksi Tugasan Minggu 4
Tugasan minggu 4 ini menghendaki para pelatih untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan bidang sastera, tatabahasa dan bidang-bidang lain. Sepanjang menjalankan tugasan minggu 4 ini, beberapa perkara telah saya lalui dan pelajari.
Sebelum melaksanakan tugasan bagi minggu 4 ini, saya kurang jelas dan faham dengan arahan tugasan yang diberikan. Tambahan pula, masalah kesihatan yang saya alami telah menghalang saya untuk mengikuti aktiviti amali bagi tugasan ini di dalam kelas. Hal ini telah mendorong saya untuk bertanya dan berbincang dengan rakan-rakan bagi menyempurnakan tugasan minggu 4 ini.
Semasa melaksanakan tugasan ini pula, saya sekali lagi telah berbincang bersama rakan-rakan dalam kumpulan. Perbincangan yang kami lakukan melibatkan pencarian dan pengumpulan idea untuk bahan-bahan yang perlu disediakan. Saya mendapati bahawa perbincangan dalam kumpulan ini telah membawa kepada percambahan idea dalam kalangan kami yang mana sangat membantu dan memudahkan pencarian bahan. Selain itu, kami juga dapat berkongsi dan bertukar-tukar bahan yang telah dicari untuk tujuan memperbanyak dan mempelbagaikan bahan sedia ada yang dimiliki masing-masing. Dalam hal ini, saya melihat bahawa perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan adalah sangat berkesan dan bersesuaian serta banyak membantu dalam melicinkan proses pelaksanaan tugasan.
Selepas menyiapkan tugasan minggu 4 ini, saya mempelajari beberapa perkara yang dapat saya terapkan dalam diri saya sebagai seorang bakal pendidik pada masa hadapan. Perkara pertama yang dapat saya pelajari dan terapkan dalam diri saya ialah, saya dapat memperkasakan lagi pengetahuan saya dalam bidang bahasa Melayu terutamanya bidang tatabahasa dan sastera. Sebagai salah seorang penuntut kursus bahasa Melayu, kedua-dua bidang ini tidak sepatutnya menjadi bidang yang asing dalam diri saya. Malah, kedua-dua bidang ini sudah lama dipupuk dan diajar sedari peringkat sekolah lagi sebelum melangkah ke alam pengajian ini. Namun begitu, saya melihat bahawa melalui pelaksanaan tugasan minggu ke 4 ini, saya dapat meningkatkan, memperkembang dan seterusnya memperkasakan lagi ilmu yang saya miliki terhadap kedua-dua bidang tatabahasa dan sastera ini. Perbincangan bersama rakan-rakan mahupun pensyarah pembimbing menjadi bukti yang sangat kukuh bagi menyokong pandangan saya ini.
Selain itu, penyediaan tugasan bagi minggu 4 ini juga dapat membantu saya mempelbagaikan pengetahuan bukan sahaja dalam bidang bahasa Melayu, malahan dalam bidang-bidang lain juga. Sebagai contoh, bidang sejarah, geografi, sukan, pendidikan dan sebagainya. Pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dinyatakan tadi sememangnya sangat membantu para pendidik secara amnya dan kepada saya secara khususnya. Hal ini kerana, pengetahuan dalam pelbagai bidang akan memberi lebih banyak pengetahuan dan meningkatkan kreativiti seseorang pendidik bagi meningkatkan keberkesanan sesebuah aktiviti pengajaran di dalam kelas. Sebagai penjelasan, sesebuah aktiviti pengajaran yang kreatif dan menarik dapat dilakukan melalui pengintegrasian bidang-bidang tersebut dengan bahasa Melayu.
Ringkasnya, penyediaan bahan bagi tugasan minggu 4 ini telah memberi saya panduan dan bimbingan bahawa seseorang pendidik haruslah mempunyai pengetahuan yang pelbagai dalam memberi pengajaran yang kreatif dan berkesan.