Refleksi Tugasan Minggu 2
Arahan tugasan bagi minggu 2 menghendaki para pelatih untuk menyediakan bahan-bahan audio, video, grafik dan teks bagi kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis. Beberapa perkara saya lalui dan pelajari sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan minggu 2 ini.
Sebelum melaksanakan tugasan bagi minggu 2 ini, saya kurang faham dan jelas untuk memilih bahan-bahan yang dinyatakan bagi setiap kemahiran. Tambahan pula, jumlah bahan yang dikehendaki untuk disediakan bagi setiap kemahiran bahasa adalah banyak. Hal ini telah menggerakkan daya untuk berbincang dan berkolaborasi dengan pensyarah serta rakan-rakan bagi menyempurnakan tugasan ini. Sesungguhnya, perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan tersebut telah membantu memudahcara pelaksanaan tugasan minggu 2 ini.
Sepanjang pelaksanaan tugasan sama ada ketika di dalam kelas mahupun di luar kelas, saya telah melaksanakan tugasan ini bersama rakan-rakan dalam kumpulan. Pelaksanaan tugasan dalam kumpulan sesungguhnya sangat membantu kerana, saya dan rakan-rakan dapat menyumbang idea dan pendapat masing-masing terutamanya dalam pemilihan bahan yang sesuai. Bahan yang sesuai yang dimaksudkan di sini ialah bahan yang dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran berbahasa mereka setelah melalui proses pembelajaran. Misalnya ialah pemilihan bahan audio bagi kemahiran lisan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana bahan tersebut membantu meningkatkan kemahiran lisan murid? Salah satu fungsi bahan tersebut ialah sebagai rangsangan kepada murid untuk memberi ulasan dan pendapat seterusnya menggalakkan murid untuk bercakap.
Setelah berjaya menyiapkan tugasan minggu 2 ini, saya telah mempelajari beberapa perkara untuk saya terapkan dalam diri saya terutamanya apabila menempuh alam pendidikan kelak. Saya mendapati bahawa bahan-bahan yang telah disediakan sangat membantu kita sebagai pendidik kepada murid-murid. Salah satu faktor yang menyokong keadaan ini ialah, guru dapat mempelbagaikan bahan bantu pengajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dapat merangsang minat murid untuk mengikuti suatu aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan seperti audio, video, grafik dan teks yang telah disediakan tersebut adalah terdiri daripada bahan yang pelbagai. Variasi bahan ini secara langsung dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan. Sebaliknya, jika guru hanya menggunakan bahan dan kaedah yang sama, murid-murid bukan sahaja mudah berasa bosan, malah akan menunjukkan minat yang kurang terhadap aktiviti pembelajaran.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan yang telah disediakan tersebut juga dapat menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Hal ini berkait rapat dengan situasi yang mana murid tidak berasa jemu atau bosan dalam mengikuti aktiviti pembelajaran. Bahan-bahan yang menarik seperti bahan audio, video, dan grafik misalnya mampu menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Apabila murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti pembelajaran, setiap murid sudah pasti akan berlumba-lumba untuk mencuba dan melibatkan diri mereka dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Dalam hal ini, saya berasa lebih yakin untuk berdepan dengan situasi sebenar seperti ini kelak.
Ringkasnya, pelaksanaan tugasan minggu 2 ini telah memberi saya pengetahuan bahawa sebagai seorang pendidik, kita haruslah lebih kreatif dan bijak dalam mempelbagaikan penggunaan bahan pengajaran untuk menggalakkan murid mengikuti aktiviti pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan.