Bahan Kemahiran Menulis
Kemahiran ketiga dan terakhir dalam pembelajaran kemahiran bahasa ialah kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran tertinggi dalam kemahiran berbahasa bahasa Melayu yang mana memberi peluang kepada murid untuk menyampaikan idea mereka dalam bentuk tulisan. Bagi kemahiran menulis, bahan-bahan yang boleh digunakan ialah bahan grafik, teks, audio dan video.
Bahan pertama iailah bahan grafik yang mana cara penggunaannya ialah dengan cara menunjukkan bahan grafik tersebut kepada murid-murid terlebih dahulu. Setelah itu, guru boleh meminta murid untuk menulis respons atau pandangan mereka berkaitan bahan grafik yang telah mereka lihat tersebut. Berikut adalah bahan grafik yang saya sediakan :
Bahan pertama iailah bahan grafik yang mana cara penggunaannya ialah dengan cara menunjukkan bahan grafik tersebut kepada murid-murid terlebih dahulu. Setelah itu, guru boleh meminta murid untuk menulis respons atau pandangan mereka berkaitan bahan grafik yang telah mereka lihat tersebut. Berikut adalah bahan grafik yang saya sediakan :
Bahan kedua pula ialah bahan teks yang mana bahan yang juga bukan asing penggunaaanya dalam pengajaran bahasa terutamanya kemahiran menulis. Penggunaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran ialah dengan cara menyediakan teks yang tidak lengkap untuk dilengkapkan, menjawab soalan-soalan mudah seperti isi tempat kosong, teka silang kata dan sebagainya. Berikut ialah bahan teks bagi kemahiran menulis :
teks.rar | |
File Size: | 85 kb |
File Type: | rar |
Bahan ketiga ialah bahan audio iaitu bahan berbentuk bunyi dan suara. Cara menggunakan bahan ini ialah dengan memperdengarkan audio tersebut kepada murid terlebih dahulu. Kemudian, guru boleh meminta murid mencatatkan bunyi audio yang didengar tersebut secara keseluruhannya atau isi-isi penting sahaja. Berikut ialah contoh-contoh bahan audio yang telah saya sediakan :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manakala, bahan yang terakhir pula ialah bahan video iaitu bahan berbentuk paparan yang mengandungi bunyi, gambar dan grafik. Cara menggunakan bahan ini ialah dengan memaparkan bahan video tersebut terlebih dahulu kepada murid. Kemudian, guru boleh meminta murid mencatatkan isi-isi penting yang boleh diambil daripada video tersebut. Selain itu, guru juga boleh meminta murid membuat ulasan berkaitan video tersebut kerana, pada peringkat ini murid-murid sudah mencapai tahap kemahiran memberi pandangan ataupun ulasan. Berikut ialah contoh bahan-bahan video yang saya sediakan :