Selamat Datang Ke Laman Sesawang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer BMM3105
Assalamualaikum...W.B.T dan Salam sejahtera.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Dengan memiliki kemahiran tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid dewasa ini. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai sudah pasti dapat menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru tanpa rasa jemu. Dengan yang demikian, laman ini dibangunkan khas bagi membimbing dan meningkatkan lagi pengetahuan warga pendidik sekalian berkaitan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Selaras dengan kehendak kursus BMM3105, laman ini juga dibangunkan bagi melengkapkan tugasan amali pelatih-pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 3 IPG Kampus Keningau iaitu dengan menyediakan bahan-bahan rujukan untuk tatapan dan panduan pembaca sekalian. Bahan-bahan seperti alamat, fail dan katalog internet, bahan P&P kemahiran bahasa, bahan tatabahasa dan sastera, garis panduan penggunaan internet dan pakej pembelajaran diharap dapat membantu para pembaca untuk digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan. Akhirnya, diharap agar laman ini dapat memberi manfaat kepada pembaca terutamanya warga pendidik anak bangsa sekalian.